Thursday, 5 April 2012

UTM International Johor Horse Show


Poster IJHS

Universiti Teknologi Malaysia sekali lagi bangga untuk menjadi tuan rumah kepada  UTM International johor horse show 2012, yang akan diadakan dari 12 - 15 April 2012 di Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor. International Johor Horse show (IJHS), akan menjadi destinasi utama bagi pakar dan profesional  yang berkaitan dengan Sukan Ekuin.  Ia juga bertujuan untuk mempromosikan Universiti Teknologi Malaysia sebagai pusat yang paling popular bagi Sukan Ekuin di rantau ini. Tambahan pula, IJHS akan membantu  Johor Bahru sebagai hab untuk sukan ekuin di rantau ini dan akan memberi peluang kepada para usahawan untuk menerokai perniagaan yang lebih berkaitan ekuin dan pelancongan. IJHS juga mempunyai penglibatan penunggang antarabangsa yang terkemuka  seperti juara dunia profesional dan ikon seperti John Whitaker, Nick Skelton dan Lady Ellen Whitaker untuk menarik perhatian peserta antarabangsa. Program ini juga bertujuan untuk menjalankan satu seminar / kolokium antarabangsa dan menjemput pakar dari institusi atau organisasi-organisasi dunia yang ditubuhkan berkaitan dengan ekuin untuk melibatkan diri dalam penganjuran acara tersebut. Acara ini juga melibatkan kerjasama dengan institusi tempatan dan antarabangsa yang berkaitan dengan ekuin dalam penganjuran acara tersebut. Penajaan diperoleh daripada syarikat-syarikat multinasional. Selain itu, media juga terlibat dengan acara ini iaitu Media Prima sebagai media utama untuk publisiti. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menggalakkan UTM dan Johor sebagai destinasi eko-pelancongan tropika

UTM International Johor Horse Show 2012 Expo & Carnival adalah sebuah program yang dianjurkan untuk kanak-kanak mahupun dewasa. Butiran program ialah seperti berikut:
        Tarikh         :        12 - 15 April 2012
        Masa          :        9.30 pg - 6.00 ptg
        Tempat      :        Dataran Alumni dan Padang Kawad,
                                     Universiti Teknologi  Malaysia, 81310, Skudai, Johor, Malaysia.
Untuk maklumat lanjut sila layari website di bawah.



0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...