Friday, 30 March 2012

GLOBAL MARCH TO JURUSALEM


Credit to: KELAB UNESCO UNISZA & AQSA SYARIF BERHAD

Pada tahun ini, kita akan menyambut 30 Mac sebagai satu acara antarabangsa melibatkan masyarakat seluruh dunia untuk menunjukkan perpaduan kita dengan masyarakat Palestin dan untuk melindungi Baitulmaqdis sebagai kota suci. GMJ bertujuan untuk menuntut kebebasan Baitulmaqdis dan masyarakat Palestin disamping untuk mengakiri dasar Aparteid dan polisi penghapusan kaum yang memberi kesan mendalam terhadap rakyat, bumi dan kesucian kota Baitulmaqdis. Ia merupakan satu jenayah bukan sahaja kepada Palestin bahkan terhadap seluruh masyarakat dunia.

Mengapa 30 Mac?
Tarikh ini dipilih kerana ia terpahat di memori masyarakat Palestin sebagai 'Hari Tanah Palestin'. Pada Mac 1976, Israel merampas ribuan ekar tanah persendirian dan awam di kebanyakan kawasan di bumi Palestin. Rentetan daripada itu, rakyat Palestin mengisytiharkan mogok umum yang pertama sejak penjajahan Palestin pada tahun 1948. Israel bertindak ganas dengan menakluki lebih banyak perkampungan Palestin, membunuh dan mencederakan orang awam.

Bagaimana GMJ akan berlaku?
satu perarakan besar-besaran akan dibuat di Asia, Afrika, Eropah, Amerika, dan Australasia untuk bergerak menuju ke Palestin dan beberapa negara jiran seperti Jordan, Mesir, Syria dan Lebanon. setelah tiba di Palestin, perarakan aman ini akan bergerak ke Baitulmaqdis atau kawasan berdekatan dengannya. selain itu, demonstrasi aman ini juga akan diadakan di hadapan kedutaan Israel di ibu negara terpilih dan berlanjutan secara besar-besaran di dataran-dataran awam utama di bandar-bandar di dunia seperti Dataran Tahrir di Mesir, London, New York dan juga Kuala Lumpur.

MyGMJ Global March to Jerusalem, Malaysia - Official Website
MalaysiaGMJ-Facebook

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...