Sunday, 29 April 2012

Gambar gambar lain sepanjang program UTM International Johor Horse Show 2012


Gambar- gambar menarik lain sepanjang program UTM International Johor Horse Show Berlangsung..
klik link dibawah..

Gambar-gambar lain sepanjang program UTM international Johor Horse Show

STC Endurance Challenge 2012 dan Perkhemahan kelab equestrian





Pada hari Khamis hingga Sabtu bertarikh 26-28 April 2012 telah diadakan dua program pada masa yang sama iaitu Program Perkhemahan Kelab Equestrian yang telah diadakan bermula dari petang Khamis,26 April sehinggalah Jumaat malam, 27 April. pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti barbeque, stabling dan gotong royong, menunggang kuda waktu malam dan banyak lagi.
         Pada waktu yang sama, sebuah program lagi diadakan di Terengganu International Endurance Park (TIEP) di Lembah Bidung, Setiu, Terengganu. Seramai 3 orang penunggang daripada kelab equestrian telah menyertai program anjuran STC tersebut. Penunggang pertama ialah jurulatih sendiri iaitu En. Nazulki, penunggang kedua Nurul Lyana dan penunggang ketiga Syukriman dengan kesemuannya menyertai acara endurance sejauh 40km.






































Gambar gambar ketika STC Endurance Challenge di Lembah Bidung dan perkhemahan di Stable Tok Jembal

Monday, 23 April 2012

Gambar- gambar ketika di UTM International Johor Horse Show

Pada 12- 15 April yang lalu, saya telah menjadi groom bagi pasukan UniSZa. Kami telah menghantar seorang wakil untuk menyertai acara 'Dressage'. Program ini dianjurkan di Universiti Teknologi Malaysia dengan menjadi tuan rumah kepada  UTM International johor horse show 2012, yang akan diadakan  di Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor. International Johor Horse show (IJHS), akan menjadi destinasi utama bagi pakar dan profesional  yang berkaitan dengan Sukan Ekuin. Ia juga bertujuan untuk mempromosikan Universiti Teknologi Malaysia sebagai pusat yang paling popular bagi Sukan Ekuin di rantau ini. Tambahan pula, IJHS akan membantu  Johor Bahru sebagai hab untuk sukan ekuin di rantau ini dan akan memberi peluang kepada para usahawan untuk menerokai perniagaan yang lebih berkaitan ekuin dan pelancongan. IJHS juga mempunyai penglibatan penunggang antarabangsa yang terkemuka  seperti juara dunia profesional dan ikon seperti John Whitaker, Nick Skelton dan Lady Ellen Whitaker untuk menarik perhatian peserta antarabangsa. Program ini juga bertujuan untuk menjalankan satu seminar / kolokium antarabangsa dan menjemput pakar dari institusi atau organisasi-organisasi dunia yang ditubuhkan berkaitan dengan ekuin untuk melibatkan diri dalam penganjuran acara tersebut. Acara ini juga melibatkan kerjasama dengan institusi tempatan dan antarabangsa yang berkaitan dengan ekuin dalam penganjuran acara tersebut. Penajaan diperoleh daripada syarikat-syarikat multinasional. Selain itu, media juga terlibat dengan acara ini iaitu Media Prima sebagai media utama untuk publisiti. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menggalakkan UTM dan Johor sebagai destinasi eko-pelancongan tropika
Gambar yang sempat diambil ketika UTM International Johor Horse Show

Billboard UTM IJHS

Float ATM inilah yang membawa saya dan kuda ke UTM


Mendandan Tontito

Inilah hasilnya.. 

Tontito With its Rider


Last Check before Prep

The main Arena


The stable for Tontito.. Next To RISP Kedah














equestrian, kuda, horse
Upacara Penyampaian hadiah



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...